Selamat datang ke blog saya..maaf ye kalau blog ini memang belum sempurna. maklum la baru nak belajar berjinak2 dengan dunia blogs..harap korang enjoy dan jangan lupa be my follower..i will follow you..
Monday, 11 July 2011
MARAH!!!
Marah memang perlu dijauhi. Ia bukan sahaja bahaya untuk diri, tapi juga bahaya untuk orang lain. Bahaya untuk satu hubungan samada hubungan suami isteri, keluarga, kekasih mahupun kawan. Malah, lebih teruk lagi, menambah bahaya dengan musuh yang sentiasa mencari sebab untuk berlawan.
Berusaha untuk menahan marah dengan cara memendamkan segalanya di dalam hati. Sayangnya kesan yang terjadi adalah kemurungan. Emosi mudah gugah kerana memendamkan perasaan. Individu yang memendam perasaan akan mengalami satu keadaan yang dipanggil feeling down.
Memendam perasaan memang akan memakan diri, lalu kenalah meluahkan. Tapi meluahkan marah kesannya mungkin lebih parah terutama jika tak kena caranya. Lalu bagaimana cara nak menyejukkan hati sendiri, agar tak ada yang merana dan terseksa berduka, agar ceria tetap ada menghiasi bibir sentiasa?
Mari kita kaji kenapa marah dan murung seringkali terjadi. Bila sesuatu perkara atau peristiwa terjadi dan ia mencetuskan rasa tak puas hati, maka akan ada 'perbualan' antara hati dan fikiran. Seolah ada syaitan dan malaikat yang sedang berdebat sehingga kita yang menghakimi menjadi letih sendiri. Kegilaan dan kewarasan berebut dan berperang. Yang menang akan berkuasa mempengaruhi setiap tindakan yang dilakukan.
Sehingga kini, siapa yg menang? Tanya diri, bersuaralah hati...
Kembali kepada cara nak mengawal kemarahan. Banyak cara yang boleh dipraktikkan. Antaranya boleh dibaca dalam satu artikel menarik bertajuk 'Natijah dari kemarahan'. Satu lagi artikel yang perlu dibaca ialah 'Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram'.
Kemarahan terjadi kerana rasa tidak puas hati dengan sesuatu atau seseorang. Suara-suara negatif berlegar meracun fikiran, menyebabkan 'kesakitan' yang memberi kesan kepada mental dan fizikal individu terbabit.Bagaimana nak hilangkan segala bisikan negatif tu? Bagaimana nak jadi lebih positif? Tak mudah, tapi tak mustahil untuk dilakukan.
Selalunya kalau hati sudah panas, kata-kata yang terluah tak mampu dikawal. Keluar pelbagai kata-kata yang tak sedap di dengar samada di depan orang mahupun tika bersendiri. Samada kata-kata kasar itu terluah dimulut mahupun secara bertulis.
Kalau perlu meredakan kemarahan dengan cara meluahkan, lakukanlah. Tapi elakkan guna bahasa yg kasar sebab tanpa kita sedari itulah yang membuatkan 'sakit' itu semakin parah.
Pernah baca tak buku atau artikel tentang kuasa ungkapan terhadap air?
'Message from the water' memaparkan kajian oleh Prof Masaru Emoto tentang struktur molekul air yang dibekukan selepas acara 'bercakap dgn air' dilakukan. Sungguh menarik.
Ungkapan kata negatif seperti sumpah seranah atau muzik liar seperti black metal pula jelas menunjukkan hasil yang amat buruk. Manakala kata-kata yang baik menghasilkan molekul yang begitu indah.
Tahukah anda bahawa 80% dari badan kita terdiri dari kandungan air? Lalu tak terlintaskah difikiran tentang keadaan molekul dalam badan kita bila marah? Marah yang menyebabkan kita mengeluarkan segala kata-kata negatif termasuk sumpah seranah terhadap orang lain dan mungkin juga terhadap diri sendiri?
Words have power!
Words can heal, words can kill.
Words can influence our thoughts.
Words lead to thoughts lead to action.
'Watch what you say' adalah mesej utama Barbara Levine's dalam bukunya yang saya tak pasti apa tajuknya. Apa yang saya tahu ialah beliau memulakan catatan bukunya dengan menceritakan pengalamannya melawan penyakit barah otak yang dihidapi. Keinginan untuk terus hidup membuatkan dia mengkaji faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu jatuh sakit dan bagaimana sesetengah orang pula boleh kekal sihat.
Fokusnya tertumpu pada kajian saintifik yang menunjukkan ada hubungan yang menarik antara 'languange and disease'. Dia membuktikan kemampuan mengawal kesihatan diri dengan cara membuang segala 'bahasa' negatif yang ada dalam fikiran.
Jelasnya bila diri dikuasai kemarahan, banyak sekali bahasa negatif yang terluah mahupun tersimpan. Diluahkan atau disimpan, ia tetap memakan diri. Kerana itu, ubat yang terbaik ialah 'forgive and forget'. Bukannya 'forgive but it will remain in memory'. Bukan kemaafan namanya kalau ia masih disebut dan diungkit.
Jika ingatan pahit masih dibongkar, tanpa sedar bahasa negatif di minda masih berlegar. Dan ia menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan tekanan dalam diri atau stress. Lebih parah jika pendengar yang dipilih untuk berkongsi cerita terlebih emosi dari diri sendiri. Sudahnya, sembuh yang sedikit akan menjadi lebih parah. Itu dari segi mental. Dari segi fizikal pun ada kesannya, kerana ia saling berkait. Kalau orang kata lagu dan irama tak boleh dipisahkan, tapi saya kata mental dan fizikal lagiiii... lah tak boleh dipisahkan.
Sedarkah kita bahawa semua itu mendedahkan diri kepada risiko gangguan kesihatan dalam jangka masa panjang. Sesihat manapun badan kita, sekerap manapun kita bersukan untuk menjaga kesihatan, seteliti manapun diet dijaga dengan segala suppliment tambahan, kalau roh sudah sakit, jasad akan turut berpenyakit.
Tak mahu sakit dan berpenyakit, mulakan dengan mengawal rasa marah. Berusaha untuk memahami dan difahami. Buka ruang untuk perbincangan yang menjadikan tenang sebagai asas penting. Maksudnya, jangan sesekali menggunakan bahasa yang keras dan kasar, jauhkan sumpah seranah dari menjadi bunga bahasa yang berulam di bibir.
Kepada sesiapa saja yang punya masalah mudah marah, jangan berputus asa untuk berubah. Ingatlah, jangan kita beri kemenangan kepada syaitan dengan membenarkan kemarahan mengisi hati. Membiarkan perasaan menguasai fikiran hanya membawa ke arah kebinasaan.
**Category **;
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment