Thursday, 23 June 2011

kebaikan penyusuan susu ibu

untuk ibu2 dan bakal ibu yang mambaca blog ini..kepada bapa dan bakal bapa pun penting juga untuk info kita bersama..

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik



Kebaikan susu ibu kepada ibu:
  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan

No comments:

Post a Comment