Jika anda mendapati anak sering batuk, demam, cirit-birit dan selesema, kemungkinan imuniti anak anda tidak cukup kuat untuk melawan penyakit-penyakit ini. Walaupun rumit, sistem imun anak anda sangat penting kerana berfungsi sebagai daya pertahanan yang pertama untuk mengenal pasti, mengingati, menyerang dan menyekat serangan yang selalunya didahului oleh pathogenic antigens yang menyebabkan penyakit.
Sistem imun yang seimbang adalah yang paling ideal kerana sistem imun yang lemah boleh menyebabkan seseorang itu sering sakit, sementara sistem imun yang terlalu-aktif akan menyebabkan alergi (1). Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sistem imun kanak-kanak termasuklah amalan-amalan asas kebersihan peribadi, tekanan, tidak cukup senaman, tidak tidur dengan baik dan tidak makan secara sihat dan seimbang.
Antara amalan asas kebersihan peribadi yang baik adalah mencuci tangan sebelum makan, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selalu memotong kuku agar sentiasa pendek dan bersih serta memakai kasut bertutup semasa bermain di luar.
Ibu bapa juga tidak seharusnya menekan perasaan anak-anak dengan memaksa mereka untuk berjaya dalam semua bidang pada setiap waktu. Adalah penting bagi anak anda menjadi sihat daripada sentiasa menjadi bijak. Kanak-kanak selalu aktif secara fizikal. Oleh itu, rutin kegiatan fizikal seperti melompat tali, berenang, berbasikal dan bermain buaian sangat digalakkan.
Berilah anak anda makan makanan berkhasiat. Tubuh manusia memerlukan nutrisi yang berbeza, dan makanan yang pelbagai boleh memberikan nutrisi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak untuk tumbesaran optimum. Nutrisi yang membantu dalam membina kekebalan serta tumbesaran dan perkembangan anak anda, termasuklah protein, vitamin, mineral, prebiotik dan bakteria hidup yang sihat. Kesemua nutrien ini saling berkaitan (2).
MEMPERKENALKAN NUTRISI
Nucleotides adalah jenis protein yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Nucleotides juga menguatkan imuniti kanak-kanak (3). Nucleotides boleh ditemui dalam makanan protein seperti makanan laut, ayam, daging dan susu.
Selenium adalah mineral penting yang mempunyai ciri antioksida yang mempengaruhi sel biokimia dan membantu untuk mengubah suai tindak balas imunisasi (4). Selenium boleh ditemui dalam makanan berprotein seperti daging, ikan dan kekacang.
Prebiotik seperti lcFOS (fructo-oligosaccharides) dan GOS ( galactooligosaccharides) penting dalam perkembangan kekebalan sewaktu usia muda dan semasa perubahan yang berlaku kepada flora usus (5). FOS dan GOS adalah makanan untuk bakteria hidup yang sihat (probiotik). lcFOS dan GOS menggalakkan pertumbuhan agar bakteria hidup sihat dalam tubuh anak anda.
Manakala dua Probiotik, iaitu Bifidobacterium lactis dan Lactobacillus paracasei akan dapat menghentikan bakteria berbahaya daripada meningkat dalam tubuh anak anda (6). Bifidobacterium lactis boleh memberikan kesan perlindungan terhadap cirit-birit pada kanak-kanak yang sihat (7). Kesan positif paracasei boleh mendorong pengaktifan imuniti yang terus-menerus dengan penukaran microflora usus (8).
Selamat datang ke blog saya..maaf ye kalau blog ini memang belum sempurna. maklum la baru nak belajar berjinak2 dengan dunia blogs..harap korang enjoy dan jangan lupa be my follower..i will follow you..
Friday 24 June 2011
Kukuhkan Imuniti Anak Anda - Adakah anda tahu bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment