Sunday 26 June 2011

Renungan Untuk Laki Bini

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.
Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.”Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

Read more...

Menilai Keikhlasan

salam sahabat..Jom baca crita kat bawah nie..sebagai panduan kita bersama..

Sorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: Sayang,abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita’, katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. ‘Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …’. Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. ‘Abang akan mulai dulu ya’, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir … ‘Maaf, apakah abang harus berhenti ?’ tanyanya. ‘Oh tidak, teruskan …’ jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, ‘Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu’. Dengan suara perlahan isterinya berkata, ‘Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang….. Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya… Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang …’ Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya …..bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis …


P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki.. . ‘Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini
adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….’ Hargailah apa yg telah diberi…

Read more...

Perempuan Dimata Lelaki..

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman…
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih…kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak macam sial…


Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:… patut pun kena reject…

Kalau perempuan lawa penyayang bin atan g
Lelaki akan cakap: perasaannya halus… penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang bin atan g
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada…

Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata: sukenya….
Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: balik-balik email dia… boring

Read more...

Lelaki Di mata Perempuan

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Read more...

Tips Untuk Orang Yang Tak Hensem


Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (Jgn ye Abang2 Yg Terasa..)
1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya .
- DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER
2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu keturunan.. iya kan??
- LIKE FATHER LIKE SON
3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.
- THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
- NO GAIN WITHOUT PAIN
5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa
- JUST BE YOURSELF
6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
- THE TRUTH IS OUT THERE
7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, makanya pindah ke sana aja hehehehe.
- THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE
8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
- LOVE IS BLIND
Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem.. Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain melihat anda…. Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile, percayalah.. orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda. jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…
Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.

Read more...

~ Mutiara Kata ~

* Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

* Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
* Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
* Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.




* Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
* Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
* Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
* Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
* Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
* Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
* Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
* Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
* Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
* Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
* Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
* Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
* Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
* Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
* Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
* Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
* Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
* Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
* Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
* Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
* Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
* Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
* Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
* Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
* Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
* Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
* Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
* Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
* Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
* Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair
* Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
* Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
* Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
* Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
* Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
* Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
* Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
* Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat
* Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
* Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
* Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang
* Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..
* Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
* Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
* Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
* Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
* Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.
* Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
* Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
* Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
* Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
* Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
* Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
* Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

Read more...

Friday 24 June 2011

Bagaimana Cergaskan Minda Anak-Anak Anda ?


Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya.

Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya. Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.


Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif

Semuanya ini memberi positif kepada perkembangan anak.

Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakinan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Tertib makan dan minum hendaklah dipupuk agar anak anak tidak menjiwai sikap rakus yang boleh menjejas pula kesihatan zahir dan batinnya. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum

Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu dikenalpasti dan dibenteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari. Saya pernah bertemu seorang kanak kanak berusia 8 tahun yang terlalu asyik dengan cyberpad sehingga tidak patuh langsung kepada arahan ibu bapa malahan berlaku biadab terhadap mereka. Setiap unsur dipersekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan prlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik. Jika mereka tidak mudah dipengaruhi oleh rakan- rakan yang nakal, elok juga diperingatkan supaya tidak lalai

Walaupun media massa termasuk televisyen membawa manfaat Pemikiran anak- anak boleh diracuni. Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat (Information technology atau IT) yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat. Akibat batin mereka diracun, mereka mudah menjadi mangsa rayuan dan umpan oleh pihak– pihak yang akan membawa.kepada kehancuran pemikiran manusia.

Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan addalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak- anak dari berfoya- foya atau leka menonton televisyen sehingga berjam- jam lamanya. Anak- anak hendaklah digalakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sikap berdikari boleh dipupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Gallakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.

Read more...

Mengatasi Masalah Anak Susah atau Sukar Makan

Satu masalah yang selau dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti ‘ bentuk badannya yang terlalu kecil ‘ , ‘ susah nak beri dia makan ‘ , ‘ puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ‘ , ‘ badannya terlalu kurus ‘, selalu di dengar.

Ibu bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus , tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan kesihatan mereka jarang sekali terganggu.


Saiz kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak -kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .

Jika kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang , penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau -kalau anak -anak mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya kelihatan kurus.

Seseorang bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak – kanak itu dalam peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus situasi ini akan lebih mencemaskan.

Seseorang bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan. Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang – kadang memaksa anak – anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentang saiz anak – anak berbeza. Ada ibu – ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan sendirinya kanak – kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak – anak mereka mempunyai caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta atau mengambil bahan – bahan makanan yang terdapat di persekitaran tampa ibunya sendiri mengetahui.

Seseorng doktor yang menilai kanak – kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak – kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak – kanak itu tidak menunjukkan apa – apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak – kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa – apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.

Kebanyakkan kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak – anak mereka tidak menghidap apa – apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara ‘parenting ‘ yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak – kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak – anak mereka makan.

Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda – tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian – ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit – penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak – kanak itu.

Kanak – kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak – anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak – anak mereka.

Ramai pula ibu bapa yang memberi anak – anak mereka bitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya bitamin – bitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda – tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi “appetizers ” seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalam hypothalamus di dalam otak kanak – kanak menyebabkan kanak – kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar – pakar kanak – kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak – kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa – apa rawatan khas

Read more...

hari gawai dayak

                                           ~Nganti Temuai Niki~


~Menyambut tetamu naik ke rumah panjang dengan sajian pertama air pencuci mulut(TUAK)~


~ Tarian Ngajat Kaum Lelaki Iban~



~ Sambutan Gawai Dayak Di Gereja~
 ~Anak Dara & kanak2 Yang Membawa *Piring* semasa Gawai Sandau Ari~


   ~Turutan *Piring* Yang Disusun Sebelum Upacara *Miring*~

Read more...

Di manakah masalah anda

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah

Read more...

Friends Forever!

Friends Forever!

Written with a pen
Sealed with a kiss
If you are my friend,
Please answer this:
Are we friends or are we not?
You told me once, but I forgot.
So tell me now and tell me true,

So I can say, I am here for you.
Of all the friends I've ever met,
You're the ones I won't forget.
And if I die before you do,
I'll go to Heaven
And wait for you.

Read more...

Friend & Best Friend

Friend: calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents dad & mom or tito & tita.

Friend: has never seen you cry
Best friend: has always has the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge & makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number
(cuz they can't remember it)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you
Best friend:could write a biography on your life story

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you

Friend: will ask where you've been (after going AWOL)
Best Friend: will say MISS YOU & goes on being your friend

Read more...

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


Read more...

Benarkah lelaki begini????

Semoga leh jadi panduan bagi wanita2 yg membacanya..

Memahami Sifat Lelaki

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.


5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.


6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.


8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".


10. Lelaki dan Ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.


11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.


12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.


13. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.


Harap dapat membantu wanita sekalian dlm memahami ape itu lelaki....



Read more...

TIKET WAYANG

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dengan isterinya. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya.Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, " Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"Chot menjawab, "Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."

Kenapa kmu disini
"KENAPA HARROSS KU BERCINTA, KENAPA KU PERCAYA.........??"
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke
sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Kawin:
Jangan kawin sama orang TELKOM :"tiap 3 minit putus"
Apalagi sama Dr. Gigi : " baru goyang dah dicabut"
Lagi baik dengan Guru : "kurang jelas, diulang sampai Puaaassss....

Jagung :
Mau yang muda atau yang tua ?
Mau yang lebat atau yang rindang bulunya ?
Mau yang kuat atau yang lembek ?
Yang panjang enak, yang mungil asyik ?
Tersedia berbagai ukuran.
Hubungi penjual jagung !!!

Cium :
Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah.....Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!

Jagung :
Mau yang muda atau yang tua ?
Mau yang lebat atau yang rindang bulunya ?
Mau yang kuat atau yang lembek ?
Yang panjang enak, yang mungil asyik ?
Tersedia berbagai ukuran.
Hubungi penjual jagung !!!

Cium :
Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah.....Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!

Read more...

Lawak Man Tapah

Lawak Man Tapah
PART I
Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah""Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya. Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata, Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga? Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.



PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar... Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong? Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur. Che'gu : Mana tepungnya?? Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak
sekolah ke hape??

PART IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan. Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh
tak kita ambil wudhuk dua kali? Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk? Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part! Che'gu : Allahhuakbarr!!!

PART V
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang? Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak.Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang? Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Read more...

Dialogue Lembu & Ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


Read more...

BAHASA INGGERIS

jom kita rilexzz keringkan gusi....

Seorang anak baru habis menuntut di luar negera diuji oleh ayahnya yang sebenarnya tidak tahu berbahasa ingeris sedikitpun, untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya anaknya berbahasa ingeris
Ayah : "Buku dalam BI.. apa?"
Anak : "De buk" (the Book)
Ayah : "Pena dalam BI..apa?"
Anak : "De pen" (The Pen)
Lalu ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.. setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada 'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan... Lalu ayahnya menemui rakannya dikedai kopi..
Si Ayah : "Aku boleh berbahasa BI" Rakan : "Ok.. cuba cakap dalam BI...'Kambing makan rumput'
Si Ayah : "De kam de mak de rum"






Read more...

Bila badan si kecil panas

Bayi anda merengek lagi. Kali ini bukan kerana lampinnya basah tetapi kerana badannya makin panas. Anda cuba membasahkan kain dan mengelap ubun-ubunnya. Namun, bayi terus merengek.
Tiada jalan lain, anda perlu berjumpa doktor. Nampak mudah tetapi sebenarnya anda juga perlu mengetahui apa yang berlaku kepada bayi. Ikuti panduan di bawah.
Deman
Umumnya, demam dilihat sebagai cara tubuh mempertahankan diri daripada serangan penyakit yang diakibatkan oleh virus, bakteria atau fungi. Tidak kurang pula, demam dikaitkan dengan perubahan yang berlaku pada tubuh seperti pertumbuhan gigi.
Oleh itu, demam panas disifatkan sebagai sebahagian daripada kehidupan. Biarpun demam panas pada kanak-kanak boleh dirawat tetapi ia boleh menyebabkan masalah tertentu jika tidak dirawat sebaik mungkin. Kebanyakan penyakit yang mengancam kesihatan bayi bermula dengan demam. Demam panas boleh menyebabkan kekejangan tubuh bayi atau kanak-kanak dan hal ini pasti mencemaskan ibu bapa.


Suhu
Apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anak mengidap demam? Paling awal sebelum anda berjumpa dengan doktor, ukur suhu badan bayi dengan menggunakan termometer. Lihat sama ada suhu badan bayi anda naik melebihi suhu normal (sekitar 37°C). Sekiranya suhu badan mencapai 41°C, adalah lebih baik sekiranya anda membawa bayi berjumpa doktor.
Bagaimana pula caranya untuk menggunakan termometer?
Sebaiknya anda mengambil suhunya dengan meletakkan termometer di ketiaknya. Pastikan anak tenang, setengah jam sebelum anda mengambil bacaan suhu. Kerana bayi yang menangis dan meronta akan menyebabkan suhunya meningkat lebih tinggi.
Pakaian nipis
Seterusnya pakaikan pakaian yang nipis. Pakaian yang nipis membenarkan pelepasan haba tubuh ke persekitaran. Jika perlu gunakan kipas angin atau pendingin udara tetapi jangan halakan ke tubuh bayi. Memandangkan demam menyebabkan kehilangan air dalam badan melalui kulit, anda digalakkan memberi
anak minum air yang secukupnya secara beransur-ansur. Rendahkan suhu badannya dengan menuam kepalanya menggunakan kain basah.
Elak bayi tidur sendirian
Pastikan anda atau suami bergilir-gilir menjaganya untuk memastikan suhu badannya stabil. Biasanya suhu badan anak akan meningkat ketika dia tidur. Jadi, pastikan dahi dan tubuhnya dilap dengan kain basah hinggalah suhu badannya pulih. Kelalaian anda mungkin boleh mengundang akibat buruk jika dia mengalami kekejangan tanpa anda sedari!
Kejang
Demam panas boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan. Ini biasa berlaku pada bayi yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun. Usah cemas, anda sendiri boleh menangani masalah ini di rumah (melainkan keadaannya sukar dikawal).
Tanda kejang
*Tubuh kaku, rahang dan tangan kekejangan dan riak wajah berkedut.
*Bola mata berputar ke belakang.
* Keluar air liur.
*Pengsan (kadang-kadang)
Apa yang perlu anda lakukan?
*Baringkan tubuh anak di atas permukaan yang lembut, tetapi jangan menghalang pergerakannya.
*Jika anak muntah, tundukkan kepalanya ke sisi untuk mengelakkannya daripada tersedak.
*Biarkan mulut anak bebas dari menggigit sesuatu.
*Turunkan suhu badan anak dengan mengelap menggunakan kain basah atau mandikannya.
*Longgarkan pakaian anak.
*Jika nafas berhenti, berikan bantuan pernafasan.
*Setelah kekejangan berakhir, berikan anak minum air sejuk (bukan berais)
Peringatan: Jika sekiranya kejadian tersebut berterusan atau anda tidak yakin dengan kesihatannya, segera bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya.


Read more...

Tangisan cara bayi berkomunikasi

Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.
Lapar
Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.
Basah
Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.


Keselesaan
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.
Suhu bilik
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.
Kolik
Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut dengan minyak telon melegakan si manja.
Berasa letih dan mahu tidur
Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).
Baju terlalu tebal
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.



Read more...

Kukuhkan Imuniti Anak Anda - Adakah anda tahu bagaimana?

Jika anda mendapati anak sering batuk, demam, cirit-birit dan selesema, kemungkinan imuniti anak anda tidak cukup kuat untuk melawan penyakit-penyakit ini. Walaupun rumit, sistem imun anak anda sangat penting kerana berfungsi sebagai daya pertahanan yang pertama untuk mengenal pasti, mengingati, menyerang dan menyekat serangan yang selalunya didahului oleh pathogenic antigens yang menyebabkan penyakit.
Sistem imun yang seimbang adalah yang paling ideal kerana sistem imun yang lemah boleh menyebabkan seseorang itu sering sakit, sementara sistem imun yang terlalu-aktif akan menyebabkan alergi (1). Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sistem imun kanak-kanak termasuklah amalan-amalan asas kebersihan peribadi, tekanan, tidak cukup senaman, tidak tidur dengan baik dan tidak makan secara sihat dan seimbang.
Antara amalan asas kebersihan peribadi yang baik adalah mencuci tangan sebelum makan, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selalu memotong kuku agar sentiasa pendek dan bersih serta memakai kasut bertutup semasa bermain di luar.
Ibu bapa juga tidak seharusnya menekan perasaan anak-anak dengan memaksa mereka untuk berjaya dalam semua bidang pada setiap waktu. Adalah penting bagi anak anda menjadi sihat daripada sentiasa menjadi bijak. Kanak-kanak selalu aktif secara fizikal. Oleh itu, rutin kegiatan fizikal seperti melompat tali, berenang, berbasikal dan bermain buaian sangat digalakkan.
Berilah anak anda makan makanan berkhasiat. Tubuh manusia memerlukan nutrisi yang berbeza, dan makanan yang pelbagai boleh memberikan nutrisi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak untuk tumbesaran optimum. Nutrisi yang membantu dalam membina kekebalan serta tumbesaran dan perkembangan anak anda, termasuklah protein, vitamin, mineral, prebiotik dan bakteria hidup yang sihat. Kesemua nutrien ini saling berkaitan (2).




MEMPERKENALKAN NUTRISI
Nucleotides adalah jenis protein yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Nucleotides juga menguatkan imuniti kanak-kanak (3). Nucleotides boleh ditemui dalam makanan protein seperti makanan laut, ayam, daging dan susu.
Selenium adalah mineral penting yang mempunyai ciri antioksida yang mempengaruhi sel biokimia dan membantu untuk mengubah suai tindak balas imunisasi (4). Selenium boleh ditemui dalam makanan berprotein seperti daging, ikan dan kekacang.
Prebiotik seperti lcFOS (fructo-oligosaccharides) dan GOS ( galactooligosaccharides) penting dalam perkembangan kekebalan sewaktu usia muda dan semasa perubahan yang berlaku kepada flora usus (5). FOS dan GOS adalah makanan untuk bakteria hidup yang sihat (probiotik). lcFOS dan GOS menggalakkan pertumbuhan agar bakteria hidup sihat dalam tubuh anak anda.
Manakala dua Probiotik, iaitu Bifidobacterium lactis dan Lactobacillus paracasei akan dapat menghentikan bakteria berbahaya daripada meningkat dalam tubuh anak anda (6). Bifidobacterium lactis boleh memberikan kesan perlindungan terhadap cirit-birit pada kanak-kanak yang sihat (7). Kesan positif paracasei boleh mendorong pengaktifan imuniti yang terus-menerus dengan penukaran microflora usus (8).




Read more...

Thursday 23 June 2011

Relaktasi

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,
Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.
Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.
Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.
Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:




  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu.
  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
medela sns
MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com



Read more...