Saturday, 27 August 2011

Wanita Dan Air Mata


1 bulan dah tak update blog..rindu sangat jari jemari nak menari irama abc di atas keyboard..nak kongsi tentang sesuatu yang semua memang tahu tentang "wanita dan air mata"..saya percaya anda tentu pernah di tanya oleh kaum adam Mengapa Wanita Suka Menangis?...dia tidak mengerti???? Sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberikan hadiah menangis, berlaku hal sedih menangiss..kenapa? KERANA...Kamu tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti... dan sememangnya lelaki tidak akn memahami perkara ini kerana wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa dia perlu menangis.

kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."

Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis kerana cintanya telah didusta. dia menangis kerana hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerana cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....


Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya krn hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga....

Apabila ibu dan ayahnya pergi tuk selamanya.. Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayh merupakan hubungan istimewa yang Tuhan ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akn meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akn diserahkan kepada lelaki yg dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...

Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis, itulah perasaanya yg ikhlas tatkala itu..air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akn menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kejujuran, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....

Air mata kekuatan, untuk melahirkan bayi dari rahimnya. Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat semua anak dan keluarga, dalam kaadaan apapun, dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa mengeluh.

Air mata ketabahan.. atas kesederhanaan hidup namun tak membuatnya terasing dalam pergaulan.Airmata ketegaran.. saat rumah tangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cubaan.
Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan karena kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya....

wanita dan air mata adalah dua pekara yang tak dapat dipisahkan,tetapi ia tidak bermaksud golongan wanita itu lemah dan lembik,malah kerana air mata itu jugalah menyebabkan wanita itu akan menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.Di sebalik kelembutan ada kekuatan,di sebalik keayuan tersemat sebuah ketabahan..Sesungguhnya wahai kaum hawa, menangislah untuk perkara yang membawa kebaikan kepadamu. janganlah menangis untuk perkara yang akan menambahkan lagi kedukaanmu. menangislah jika rasa ingin menangis...walau seteguh mana pun jiwa mu itu, air mata tetap akan menjadi temanmu sama ada dihadapan sahabat, keluarga atau dibelakang mereka...air matamu pasti akan berguguran jua....

No comments:

Post a Comment